KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin percaya skuad kendalian Kim Pan Gon menpunyai peluang untuk mara sebagai muncul 18 pasukan terbaik Asia, sekiranya berjaya menewaskan Kyrgyzstan dan Taiwan pada dua aksi terakhir pusingan kedua, Jun ini.
Malaysia, yang kini menduduki tempat ketiga Kumpulan D selepas empat perlawanan, akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun, diikuti aksi berdepan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.
Antara persediaan awal FAM adalah penerbangan sewa khas ke Bishkek menerusi penaja Malaysia Airlines Berhad.
"Penerbangan khas ini adalah atas permintaan Pan Gon untuk mengelakkan transit untuk ke sana, serta tiba di Malaysia pada hari seterusnya untuk membuat persediaan bagi aksi menentang Taiwan. Ini memang satu usaha FAM yang kita pernah buat sebelum ini.
"Kita juga telah mengadakan perbincangan dengan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan, mereka bersetuju dengan tarikh-tarikh liga dan kem latihan skuad kebangsaan," katanya kepada pemberita.
Mengikut jadual Liga Malaysia (Liga-M) dikeluarkan MFL, aksi terakhir Liga Super adalah pada 26 Mei sebelum bersambung semula pada 13 Jun, iaitu lebih awal berbanding tempoh kalendar Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bermula 3 hingga11 Jun.
Hamidin berkata persiapan skuad kebangsaan pada masa ini tidak sama seperti zaman dahulu, kerana perlu mematuhi kalendar FIFA.
Berdasarkan kedudukan selepas empat aksi pusingan kedua kelayakan tersebut, Kyrgyzstan mendahului Kumpulan D berdasarkan kelebihan gol walaupun berkongsi sembilan mata dengan Oman, diikuti Malaysia (enam) dan Taiwan di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
Malaysia memulakan kempen kelayakan dengan kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan di Bukit Jalil dan 1-0 ke atas Taiwan di Taipei pada November tahun lepas, namun tewas 0-2 kepada Oman, masing-masing di Muscat pada 21 Mac dan Bukit Jalil pada 26 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Hamidin berkata persiapan skuad kebangsaan pada masa ini tidak sama seperti zaman dahulu, kerana perlu mematuhi kalendar FIFA. - Gambar fail/Bernama
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.